Wednesday 22 June 2022

Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 

Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Disini saya ingin menceritakan mengenai tugasan kami yang terakhir iaitu pembentangan buku multimedia dalam bahasa. Kami mesti membentangkan mengenai buku ini secara berkumpulan. Kami diberi masa lebih kurang 30 minit setiap kumpulan untuk membentangkan mengenai buku ini. Kami juga diminta untuk menyediakan slide presentation untuk dibentangkan di dalam kelas secara langsung. Prof kami menggunakan medium zoom untuk kami bentang. Pada pendapat saya buku ini banyak informasi mengenai ilmu multimedia. Sepanjang kuliah 14 minggu bersama prof sangat banyak ilmu yang saya perolehi dan semoga ilmu ini menjadi bekalan untuk saya pada masa hadapan. 

Disini saya sertakan pautan google drive bagi slide yang telah disiapkan oleh ATMA PERWIRA PRODUCTION :

https://drive.google.com/file/d/1TqvJdXkdg-E4IJ58O3G8OxD7s-qfdbGp/view?usp=sharing



KEHADIRAN KULIAH 29 JUN 2022

Friday 17 June 2022

Tugasan: Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa


TUGASAN: Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa



Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan.



KEHADIRAN KULIAH 17 JUN 2022

Thursday 16 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI: SETEMPAT


 VIDEO SETEMPAT 


  • Video setempat merupakan video setempat yang tidak bergerak. Video ini hanya menggunakan suara latar sahaja dan tiada pengeditan yang banyak. 

Berikut merupakan video setempat yang telah diupload di YouTube: 




Link video setempat: 

https://youtu.be/xPUrByvA7QE


                                                               KEHADIRAN 8 JUN 2022



Wednesday 15 June 2022

Podcast

 

PODCAST 

Pada hari ini saya ingin menceritakan mengenai tugasan minggu 12 iaitu PODCAST. haaaa apa itu podcast ? Podcast adalah hasil rakaman audio yang membahas suatu topik tertentu, seperti bisnis atau perjalanan yang dapat didengarkan. Podcast dapat didengarkan oleh khalayak umum melalui media internet. Berbeza dengan radio yang harus dilakukan dan ditayangkan secara langsung dalam frekuensi tertentu. Oleh itu Prof kami menyuruh kami untuk memilih satu jenis podcast dan membentangkan nya dalam kelas. Saya memilih podcast bertajuk Ada Hantu ke Bulan Puasa. Saya peroleh podcast bertajuk ini di Youtube kerolseries. 

Tugasan ini diberikan oleh pensyarah kami untuk kami lakukakan secara individu. Sehubungan dengan itu, setiap daripada kami dikhendaki untuk memilih satu tajuk tetapi berlainan dengan individu lain.  

Disini saya sertakan  hasil slide yang saya sediakan untuk dijadikan rujukan kita bersama. 












KEHADIRAN KULIAH 15 JUN 2022

Friday 10 June 2022

Infografik (Media Sosial)

 

INFO GRAFIK - MEDIA SOSIAL

Tugasan pada minggu ini memerlukan kami untuk membuat tugasan infografik yang bertajuk "INFOGRAFIK MEDIA SOSIAL" infografik ini adalah menggabungkan kesemua media sosial yang telah kami pelajari iaitu Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, Tiktok, Blog, dan Linked In. Bukan itu sahaja,  terdapat 4 kelebihan bagi setiap satu aplikasi sosial media yang telah ditetapkan. Semoga infografik yang telah saya sediakan dapat menjadi manfaat buat semua.



Wednesday 8 June 2022

Asas Videografi : Dokumentari

 ASAS VIDEOGRAFI - DOKUMENTARI

Pada minggu ini kami ditugaskan untuk melakukan video dokumentari berdasarkan tajuk yang kami pilih iaitu 'Kelebihan Kitar Semula'. Masalaha yang saya hadapi ialah bila saya nak rekod video tu banyak gangguan seperti bunyi kereta, motosikal dan lupa skrip. Dalam video dokumentari saya bertugas sebagai penolong pengarah. 

Berikut merupakan link youtube video dokumentari kumpulan Atma Perwira Production : 





KEHADIRAN 8 JUN 2022

Friday 3 June 2022

LinkedIn

LinkedIn: Pengenalan

    Bagi kelas amali minggu ini, kami telah diperkenalkan berkaitan suatu platform bernama LinkedIn. LinkedIn ialah rangkaian profesional berasaskan microblogging terbesar di dunia. Platform ini ialah tempat yang sesuai untuk menghubungkan dan mengukuhkan hubungan profesional serta mengasah kemahiran dalam memajukan kerjaya. Pada dasarnya, LinkedIn serupa dengan Facebook tetapi lebih menjurus kepada membina hubungan profesional dan perniagaan, berbanding hubungan persahabatan yang biasanya digunakan untuk berkongsi perkara peribadi tentang kehidupan seharian seperti media sosial lain. Kami juga telah diajar mengenai langkah penciptaan akaun LinkedIn serta cara untuk berhubung atau 'connect' bersama pengguna yang lain seperti di bawah:

Buka akaun linkedin


Connect dengan Prof Normaliza 



KEHADIRAN 3 JUN 2022

Wednesday 1 June 2022

Asas Videografi : Seram

 

ASAS VIDEOGRAFI : SERAM

Pada minggu ini kami ditugaskan untuk melakukan video seram. Jadi selepas kelas kami sekumpulan melakukan google meet untuk berbincang tentang tugasan ini. Memandangkan majoriti ahli kumpulan berada di rumah jadi kami berbincang dan mencapai kata sepakat jalan cerita video seram dengan baik dan tidak menyusahkan mana-mana pihak yang berada di rumah atau di kolej. Kami juga mempunyai masalah tetapi dapat di atasi dengan tenang. 


Berikut merupakan link youtube video tragedi kumpulan Atma Perwira Production : 


                                                                  https://youtu.be/MRyF3X2Uxu8



KEHADIRAN 1 JUN 2022



Asas Videografi: Tragedi

 

ASAS VIDEOGRAFI:  TRAGEDI

ASAS VIDEGRAFI - TRAGEDI

Pada minggu ini kami ditugaskan untuk melakukan video tragedi. Jadi selepas kelas kami sekumpulan melakukan google meet untuk berbincang tentang tugasan ini. Memandangkan majoriti ahli kumpulan berada di rumah jadi kami berbincang dan mencapai kata sepakat jalan cerita video tragedi dengan baik dan tidak menyusahkan mana-mana pihak yang berada di rumah atau di kolej. Kami juga mempunyai masalah tetapi dapat di atasi dengan tenang. 


Berikut merupakan link youtube video tragedi kumpulan Atma Perwira Production : 


https://youtu.be/pCtz7KWw8YE



KEHADIRAN 1 JUN 2022

KETIKA DAN KALIMAT

  KETIKA DAN KALIMAT Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan ...