Wednesday 4 May 2022

Family


KELUARGA KECIL KU



Keluargaku juga seperti keluarga kecil orang lain. Nama ayahku Mohamad Yusoff Bin Shariff berusia 54 tahun, ayah merupakan seorang petani dan bekerja sendiri. Ayahku merupakan seorang yang sangat bertangunggjawab terhadap keluarganya, beliau bekerja dengan gigih demi keluarga untuk rezeki yang halal. Ayahku hanyalah bersekolah sehingga Tingkatan 5 sahaja kerana masalah keluarga kewangan keluarga ayahku dahulu, beliau terpaksa bekerja demi adik beradiknya yang masih kecil.

Seterusnya ialah Umiku yang diberi nama Kamariah Binti Rawi. Umiku berusia 58 tahun, umiku berkerja sebagai penjahit baju dan suri rumah. Selain seorang yang gigih bekerja umi seorang yang tidak lupa terhadap tanggungjawab  keluarga. Umi merupakan seorang ibu yang sangat penyanyang dan penyabar dengan anak-anak. Umi sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga dengan sentiasa menyediakan keperluan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Disamping itu, kakak sulongku, yang bernama Nuridayu, dia berusia 35 tahun dan merupakan seorang pendidik di sekolah Menengah Tengku Abdul Rahman Ipoh Perak, kakaku merupakan seorang ustazah disana dan mengajar dalam subjek pendidikan islam. Dia sudah mempunyai keluarga kecilnya sendiri. Dia dianugerahkan 3 cahaya mata yang kesemuanya adalah lelaki semua. Dan mempunyai seorang suami yang sangat baik hati dan bertangunggjawab serta bekerja sebagai seorang pendidik juga.

Adik-beradikku yang seterusnya pula merupakan perempuan juga. Dia merupakan kakakku dan bernama Nuriwani yang berusia 33 tahun dan telah mendirikan rumah tangga 3 tahun yang lalu. Dia bekerja sebagai pegawai imigresen selama 10 tahun. Dia juga dianugerahkan seorang anak lelaki. Dan sekarang sedang sarat mengandung anak keduanya. Walaupun dia telah berumah tangga, tanggungjawabnya terhadap keluarga tidak dilupakan olehnya dengan sentiasa menghulurkan keperluan kepada kelurga.

No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

  KETIKA DAN KALIMAT Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan ...