Sunday 10 July 2022

KETIKA DAN KALIMAT

 

KETIKA DAN KALIMAT

Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza kerana selama 14 minggu saya belajar subjek Multimedia dalam Bahasa ini telah banyak memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada saya. 

Hari demi hari silih berganti tanpa saya sedari sudah 14 minggu masa berlalu, begitu cepat bagi saya dan tidak sedar bahawa ini merupakan minggu yang terakhir untuk semua subjek. Semester ini amat mencabar bagi saya terutamanya dalam subjek multimedia ini. Hal ini kerana, saya dan ahli kumpulan perlu melakukan kerja berkumpulan tetapi kami semua berada di tempat yang berlainan seperti di rumah dan kolej. Walaupun kami berada di tempat yang berbeza nanum kerjasama antara kumpulan menyebabkan kami dapat melakukan kerja dengan jayannya.

Selain itu, disebabkan subjek ini juga menyebabkan saya dapat pergi ke UPM buat pertama kalinya dan berjumpa dengan kawan-kawan saya disana, bagi saya itu adalah pengalaman yang terbaik buat saya walaupun saya hanya pergi selama dua minggu semata-mata untuk merekod video multimedia bersama-sama dengan ahli kumpulan. Dan banyak kenangan pahit manis ketika dua minggu disana kerana saya tidak mempunyai kolej dan terpaksalah menumpang di balik rakan-rakan yang lain, contohnya bilik Adib dan bilik Farid, jutaan terima kasih kepada mereka berdua walaupun saya banyak menyusahkan.

Seterusnya, pada pendapat saya mengenai subjek ini ialah, subjek ini memberikan saya banyak cabaran dan sangat menyeronokan. Hal ini kerana, kami perlu melakukan sesuatu yang asing bagi kami dan perkara yang tidak pernah kami lalukan seperti menjadi warwatawan, menyanyi, dan berlakon selain itu, tugas-tugas yang diberikan juga agak banyak bagi saya, kerana setiap minggu kami diberikan lebih daripada tugas itu amatlah menganggu emosi saya sebagai pelajar, namun alhamdulillah saya dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh Prof walaupun kerja yang diberikan oleh Prof sangat banyak.

Di samping itu, dengan saya subjek bagi saya, saya dapat merapatkan lagi hubungan dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini dikatakan kerana, kami sentiasa berhubung diantara satu sama lain untuk menanyakan tugas-tugas yang diberikan oleh Prof. Selain itu, kami juga dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain. Misalnya, menanyakan kepada ahli kumpulan yang mengenai cara edit video, edit slide, cara bercakap dengan baik di khalayak ramai dan sebagainya. Hal-hal tersebut telah menyebabkan hubungan kami semakin rapat, walaupun sebelum ini kami tidak pernah bertegur dan bersua muka.

Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada Prof Dr Normaliza, sepanjang 14 minggu saya sebagai pelajar Prof, jika saya ada tersilap bicara, terkata yang tak semena-mena, terkutuk atau sebagainya. Saya juga berharap agar Prof menghalalkan setiap ilmu yang diberikan kepada saya, bagi saya Prof seorang yang baik dan periang, saya tidak pernah dengan masa Prof, kerana komitmen Prof semasa mengajar membuatkan saya terinspirasi dengan Prof. Sikap Prof yang selamba dan bersahaja dan sangat tegas dalam setiap tugasan yang diberikan telah mengajarkan saya menjadi seorang yang tidak berasalan dan menepati waktu serta berdisiplin.

Akhir sekali, saya berharap, saya dan kawan-kawan saya semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ini iaitu A. Selain itu, saya mendoakan agar Prof sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selalu berada dibawah lindungan rahmat Allah Swt, serta dipanjangkan umur agar dapat terus berbakti kepada anak bangsa dan negara

TERIMA KASIH PROF NORMALIZA !!!


No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

  KETIKA DAN KALIMAT Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan ...