Friday 20 May 2022

Asas Videografi: Video Lagu (Dua Insan)

 

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU DUA INSAN

 Assalamuallaikum dan salam sejahtera kawan-kawanku

Hari kami semua diberikan tugasan oleh Prof Dr, Normaliza untuk menyiapkan satu video yang bertemakan lagu Dua Insan nyanyian M.Nasir. Pada pendapat saya lagu ini sangatlah menarik untuk didengar kerana liriknya mempunyai maksud yang tersendiri. Selain itu, penyanyi yang menyanyikan lagu pula meruapakan seorang lagenda dalam nyanyian sekaligus telah menarik minat saya untuk melakonkan video ini. Semasa kami melakonkan video ini dengan mengikut lirik lagu, kami melakukannya dengan sangat santai dan tenang kerana kami sangat menghayati setiap baris lirik yang dinyanyikan. Di samping itu, kami juga belajar, mengenai bagaimana pergerakan mulut kita jika ingin mengikut lirik lagu. Bagi saya pada mulanya amatlah sukar kerana ia memerlukan daya ingatan yang kuat jika ingin mengikut lirik sesebuah lagu. Tugasan ini amatlah menyeronokan bagi kami dan kami tidak tertekan semasa melakukan tugasan ini

Berikut merupakan video di you tube video lagu Dua Insan kumpulan kami:







KEHADIRAN 26 MEI 2022


No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

  KETIKA DAN KALIMAT Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan ...