![]() |
Elemen Warna |
Warna yang digunakan dalam gambar menunjukkan suasana gelap yang bersesuaian dengan tema malam hari. Sebagai contoh, warna yang gelap pada kucing dan terang pada bulan menunjukkan suasana malam yang menakutkan. Warna yang digunakan dalam gambar ini tidak melebihi 3 warna iaitu warna biru gelap , hitam, dan putih.
![]() |
Elemen Mudah |
Gambar ini mudah difahami kerana ia menunjukkan gambar sebuah kereta sahaja. Objek dibelakang atau kiri dan kanannya tidak menonjol kerana fokus utama adalah kereta tersebut. Keadaan ini dapat memberi kefahaman terus kepada yang melihat kerana mesej yang hendak disampaikan adalah tentang kereta.
![]() |
Elemen Teks |
Teks yang digunakan dalam gambar ini sesuai kerana perkataan ‘Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak memberi persepsi kepada pembaca bahawa gambar ini adalah tentang Ketibaan bulan Ramadan. Warna teks juga terang dan kontra dengan latar belakang keseluruhan gambar. Jenis gaya dan saiz tulisan juga bersesuaian dan besar. Ia sudah memadai untuk menyampaikan mesej kepada pembaca.
![]() |
Elemen Kesesuaian |
Gambar ini bersesuaian dengan sebuah rumah kerana terdapat pintu masuk, jendela, atap, tempat letak kereta dan lain-lain yang menunjukkan gambar sebuah rumah. Binaan rumah yang cantik dan modern sangat berseusuaian dengan gaya rumah pada masa kini.
![]() |
Elemen Keseimbangan |
![]() |
Elemen Warna |
Warna yang digunakan dalam gambar menunjukkan suasana di petang hari ketika matahari terbenam. Warna yang digunakan sangat bersesuaian dengan suasana tersebut. Sebagai contoh, warna yang digunakan begitu tepat dengan keadaan matahari terbenam pada waktu petang. Warna yang digunakan tidak melebihi 4 warna.
![]() |
Elemen Mudah |
Gambar ini mudah difahami kerana ia menunjukkan gambar sebuah motorsikal sahaja. Objek dibelakang atau kiri dan kanannya tidak menonjol kerana fokus utama adalah motorsikal tersebut. Keadaan ini dapat memberi kefahaman terus kepada yang melihat kerana mesej yang hendak disampaikan adalah tentang motorsikal .
![]() |
Elemen teks |
Teks yang digunakan dalam gambar ini sesuai kerana perkataan ‘perhatian’ memberi persepsi kepada pembaca bahawa gambar ini adalah satu peringatan . Warna teks juga terang dan kontra dengan latar belakang keseluruhan gambar. Jenis gaya dan saiz tulisan juga bersesuaian dan besar. Ia sudah memadai untuk menyampaikan mesej kepada pembaca.
![]() |
Elemen Kesesuaian |
KESESUAIAN Gambar ini bersesuaian dengan seorang wanita muslimah kerana ia memakai tudung yang labuh, berpurdah dan sejuk apabila mata memandang. Dengan pakaian tersebut kita dapat memahami gambar ini adalah gambar seorang yang wanita yang muslimah.
![]() |
Elemen Keseimbangan |
KESEIMBANGAN Gambar ini menunjukkan keseimbangan kerana bahagian atas dan bahagian bawah mempunyai ruang yang sama banyak, manakala orang pada bahagian tengah menjadi pemisah kepada keseimbangan tersebut. Namun pada kiri dan kanan pula, kedudukan orang adalah seimbang iaitu sama banyak dibahagian kanan dan kiri.
BERIKUT MERUPAKAN VIDEO ELEMEN ASAS GRAFIK YANG DI MUATNAIK DALAM YOU TUBE
KEHADIRAN 30 MARCH 2022
No comments:
Post a Comment