Wednesday 30 March 2022

Tentang Aku

 

Tanggal 27 Mac tahun 2000 aku dilahirkan di dunia ini. Nama aku Muhammad Fikrie Bin Mohamad Yusoff yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dan terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. Aku dibesarkan oleh keluarga yang kurang bermampuan oleh seorang yang ayah yang gigih bekerja dan seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya

Aku dibesarkan dibumi bertuah Kelantan Darul Naim, di Daerah Pasir Mas iaitu daerah yang bersempadam dengan negara jiran Thailand(Siam). Nama Kampungku ialah kampung Pak Jintan, Meranti. Aku dibesarkan dengan suasana kampung yang penuh dengan suasana suka dan duka. Cara hidup kampung yang sangat menyeronokan telah mendewasakan aku menjadi seorang insan yang sempurna.

Aku merupakan anak lelaki sulong, yang diharapakan oleh keluarga untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Pengharapan oleh ahli keluarga untuk melihat anak lelaki sulong ini berjaya amatlah besar, aku bukanlah berasal daripada seorang yang cerdik pandai dalam pembelajaran, kerana aku juga lembap dan tidak mudah memahami apa yang diajarkan oleh guru waktu dalam kelas ketika sekolah rendah.

Masa berganti masa, pada tahun 2013, aku telah menaiki tingkatan satu, dari situ aku mula sedar dan belajar bersungguh dalam setiap subjek di sekolah, kerana aku tahu aku merupakan harapan keluargaku dan aku terfikir sampai aku harus ada dalam situasi bodoh dan malas belajar, daripada itu aku fokus dalam kelas dan belajar bersungguh-sungguh dan selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu

Demi membuktikan kesungguhan aku dalam pelajaran, aku telah menjadi pelajar harapan sekolah pada SPM 2017 dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 8A 2B
Aku telah membuktikan kepada diriku sendiri bahawa orang bodoh itu tidak ada, malahan yang ada adalah orang malas dan rajin sahaja, jika kau rajin berusaha dan belajar dengan bersungguh maka kau berjaya. Kerana usaha takkan pernah mengkhianati hasil.

KETIKA DAN KALIMAT

  KETIKA DAN KALIMAT Bismilahirahmanirahim, Assalamullaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan ...